Friday, 19 April 2013

Cinta is love

Assalamuaikum

heyaa guys. so how? sihatkah anda? ehehe harini aku rajin pulak nak update blog ni.

takde keja kan. (penat kawad tak habis lagi broo) 
err, okay thats not the point.

anyway, tengok title aku jap. nampak? kalau tak nampak tu aku taktau nak cakap ape la kan.

haa so ape pandangan korang pasal title aku ni? cukup gempak tak? wkaka

nice enough kan. haha tau dah.

okay la, kita move a step ye. 
berdasarkan pada era globalisasi ni, ***peh skema siot ayat aku** pandang kiri, pandang kanan konfem ade 2-3 kapel yang sedang beramah mesra kan. takpun main suap suap aiskim magnum sambil gigi masing masing penuh dengan coklat sampai tak sedar korang tengah kutuk dorang.

hoyeah, tu point aku.

at this moment la, budak 4 tahun pun dah pandai main cintan cintun ni.
aku nak tergelak pun ade.
sekarang tu semua dah jadi sebahagian dari life korang kan. maybe.
(aku tak la)

hmm hmm, tapi pada aku lah kan, no need kut nak falling'n love bagai kalau rasa diri tu tak matured lagi.

common la ladies and gentlemen, sekarang ni dunia dah maju kut.
agak agak rasa nak kahwin sangat tu, mintak la parents korang carikkan a pair of your soul tu. wee lagi berkat, lagi barakah kann. hahahhah the ice is broken. cehh. kemainnn.

tapi kannnnnnnnnnnn (sila baca dengan penuh harkat dan tajwid) kalau takat budak secondary ngan primary school tu nak bercinta aku tak agree sangat ah.

why? sebab korang tu kecik lagii.
makan parents tanggung, poket money parents bagi.
better tak payah la. studi rerajin dulu ekk. rasa rasa macam dah habis studi kat oversea tu, and baru starting nak keja barulaa bolehh okay!


p/s: love isnt finding someone.




Friday, 29 March 2013

hypertension is released

Assalamualaikum

hey gang, dah lame aku tak lepak-ing kat blog aku ni. sumpah. aku malas nak mampuihhhhhh bukak blog ni. well, setan bukan sekor je kan. ramai gak org tanya "kata nak jadi blogger, 
tapi haram takda satu  pun kau pos". beserta dengan symbol maker dorang tu aku tergelak gak. ceh. blogger siot. saje jee aku nak pedajal korang. hahahhaha

btw, yesterday (wednesday) aku baru balik dari kluang. konon nak
celebrate birthday mak aku la. 
and finally everything berjalan dengan lancarnyaa.
disebabkan wana join buat camping site kat umah aku seminggu, so takda la hidup aku ni full of sadness kan. wkaka. 

at the same time, dapat la aku lepaskan tension kat kepala ni kan. 
gaya pun macam pikul batu bata dowh. berat je rasa. 
semalam ayah aku amek kesempatan ah servis keta dia tu. 
holamakk, macam tak terkeluar pulakkan misai aku tunggu. lambat gilaaaaaaa. 
stress, stress!

hahah and then kiteorang ingat nak pegi la kat mall yang ade kat kluang tu. pikir punya pikir, last last ayah aku made decision teruih gi kat kluang mall. aku pun on jelaa. lagipun aku terasa nk tengok movie kan.


bila dh sampai tu area zuhur, kiteorang terus solat ah.
abes je solat, on the spot aku terus carik lif. pehh naya gilaa nk carik lif tu.
puas aku tawaf qudum satu mall tak jumpe jumpe. 
hahah aku bengang dengan diri sendiri.

bila sampai je, aku terus pilih movie kat kaunter tu. aku rase akak yg jaga kaunter tu dah cukup terkesima dah. 
mana taknye, sampai sampai je terus pilih movie. and disebabkan aku ni taste childish sikit, aku pilih citer THE CROODS. serius talk, memang best 
GI-LA lah. sesuaila dengan taste aku ni kan.


waa time time camni la aku nak backfireee. kat hostel no way la nak tengok tv.
hal semasa je aku fail. hahah

anyway, habis movie je aku tak terus balik. heii takda guna la aku gi jauh jauh (jauh ke kluang?) semata-mata nak tengok movie je kan.
so aku r&r jap kat tempat gamming. weeee dah lame tak mai tempat tempat camni.
aku apelagi, serangggggggggg ahhhh. lagi lagi aku kena betting ngan adik aku. haa gempak skit kan. lelagi main game yang ala ala counter strike tuu. pehh layan.

hahahah area dah 2 jam aku kat situ, abah aku buat announce panggil kiteorang balik. peh announce beb. cannot go ah. eh tak tak. abah aku kol je. ingat mall tu warisan famili ape nak buat macam harta sendiri. and the ball is rollingggggg.  yeah thats mean, time untuk balik. wuwuwuw tak nakk. tak habis lagi tensi aku.


p/s: beauty. its life :)

Sunday, 27 January 2013

Busy

Assalamualaikum

Oh hi para readers yg meRAJINkan diri melawat blog aku yang masih kuno ni. So whatsup? Sihat? Well, as all of you known, budak hostel memang lah busy kan. Tada masa nk berFB, berBLOGGING, berTWITTAH, dan bermacam-macam lagi ber. Right?


And bila aku dah balik ni, ramai pulak orang menjemput aku menginap kat hotel five star dorang. Favourite artis kot aku ni. Actualy aku dah biasa dengan tawaran yang agak gah ni kann. Cewah gitu. Tapi tapi tapi! Im so sorrry sebab aku terpaksa menolak tawaran korang yang agak hebat tu kan. Disebabkan aku banyak appointment dan assighment dari university edinburgh tu, aku terpaksa kena reject program program korang tu.



Minggu ni aku balik, series talk aku memang busy gila. Nak berdating dengan parents aku lagi, birthday party kazen lagi, pergi itu, pergi ini and so on. Dahla 3 minggu aku tak bukak blog kuno aku yang tercinta ni. Rutin budak hostelian kan. So i think, aku nak lah tulis sikit kat diary aku ni. Ehhhh, sounds like iyeuwww. Diary? Apa barang? Geli anak tekak aku.


And and, now im going to prepare back my clothes and everything cause harini balik hostel lagi! Sad ending. Hahahahahahhha. Welcome back to our heaven. Nice haa? Amekaw.



Directly dari hati aku yang murni lagi suci ni, aku memang malas nak balik. Dahlah kena iron baju batik. Subhanallah. Aku rasa macam nak campak je baju tu kat gaung or mane mane tempat yang aku tak boleh nampak baju tu. Susahnya nak iron baju tu bukan main lagi. Then bila dah sampai hostel, lagi lagi buku yang aku kena tatap tiap tiap hari. Lagi lagi chemist, lagi lagi addmath. Haihh, boleh tertanggal biji mata aku. Tapi takpe, aku redha. Cewahh, ayat pasrah redha habis. Straight A+ punya pasal. InsyaAllah.



               Espiyem straight A+! amin

 


Thats all for now, Peace upon to you!

Saturday, 5 January 2013

HOSTELIAN!

Assalamualaikum.

Hello para readers yang kacak lagi cun. So whats up? (gaya macam ade je).

 Wo wo wo tengok title pun macam stress pastu nak cekik-cekik orang je kan. Relax bro. Chill sis. Yang masuk ho ho hoshtel tu aku. Tak payah gabra sangat. Okay so tadi konon-kononnya aku prepare barang-barang hostel lah gitu. Padahal tangan dok menggedik bukak formspring la, photobucket la dengan menatang apelagi entah.


Dengan semangat yang waja, aku kumpul lah barang-barang tu kat bilik. Amekaw! Tak serupa bilik kot. Dengan bajunya, baldi, gayung, buku-buku lagi. Nak jalan punyalah susah. Macam nak merentas benua afrika. *Geleng kepala* Well, like that la kalau budak duduk hostel kan. Nak tengok camne? Camni haaa.

Amacam? Smart kan? Okay okay thanks. Then, aku kemas balik barang-barang tu. Argh boring siot buat menda tu. So aku pun cadang nak berlepak-ing kat depan tv. Tengok jozan buat ongbak rindu layan jugak.

 Tengah-tengah syok mood lepak-ing aku tu datang, tetiba abah aku datang dengan gaya tai-chi dia ''Amboi kakak, barang-barang dah siap kemas? Tu haa buku-buku bila nak sampul? Hekk ehh budak ni, amek wayar wi-fi kang bla bla bla. Dah pegi packing sana bla bla bla". 

See? Nampak tak penggertakan emosi dan rohani serta fizikal disitu? Hahah aku apalagi, counting counting 1 2 3. Standby nak cabut lah. Abah aku kalau dah bukak mulut, memang tak boleh tutup lah kan. Kalau fighting cakap dengan mak aku, memang konfem lagi nyata abah aku menang. Even aku terpacak jadi hakim tak bergaji kat tengah-tengah. What ever then,  he is my heroo. Always being my hero. Jyeah.

 Okay so, bila aku dah cabut tu aku terus bukak lappy. Semua application aku bukak. Happy ending kan. Ops, bak kata pepatah melayu 'ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari'. Got it? 

Tetibe, internet access aku not connected. Haduyai. Abah main kasar lah ni. Hahah redha jelah. Ohh ohh. I know. I know. Nak suruh aku kemas baju balik lah tu. Adehh, lemah segala sendi aku bab nak kemas-mengemas ni. Tapi bila teringat member kat hostel tu, semangat lah pulak nak kemas baju. But then, aku dapat on balik. Baik hati pulak abah aku sejak-sejak ni. Okay, lepasni aku boleh jalankan misi yang aku rancang dah bertahun  nak buat kat hostel tu. Hahaha bajet senior pulak ek. Eh mane ada. Form 4 kan pra-senior. Cewah.

Back to the title, memang aku yang nak duduk hostel tu. First reason, sebab ramai member kan. So, boleh dengar radio cerita hantu malam-malam. Anything happen, boleh dapat bantuan kecemasan dengan mudah dan cepat tanpa membuat sebarang panggilan. Ehh?

Next reason, sebab aku kena struggel since form4 ni. Well, nak cover balik result aku yang tak seberapa okay tu kan. (facepalm) Doakan aku straight A's espiyem nanti!

   

Tak terlambat lagi untuk aku wish HAPPY NEW YEAR guys!

Friday, 4 January 2013

First time

Assalamualaikum w.b.t.

Hi untuk manusia manusia yang sedang melihat blog aku yang indah lagi menawan nih. 

First of all, this is my first time buat blog AND THE FIRST BLOG! Sila berikan tepukan yang gemuruh sikit. Kerek tu tak kerek jugak lah kan. Terima kasih yg tidak terhingga untuk makcik kelly kita sbb tolong aku buat blog nih. Haha nak harapkan aku buat sendiri memang tak pass lah kan. Dengan kebolehan aku yang seberapa banyak boleh nih, dari dulu aku memang tak pandai buat blog. Well, budak bijak kan. 

Berejam jugak lah aku dengan makcik kelly nih berhempas pulas ditengah lautan yang bergelora lagi berapi nak buat menatang nih. Perh, payah sungguh. Series aku cakap, takde kelly memang takde lah blog ni. Masa awal-awal buat mende ni, kelly boleh pulak pilih background polkadot. Aduhai, lemah sendi aku tengok. Tambah-tambah ngan warna pink dia tuu kan. memang layan ah. Mak ah minah nih, dah satu kelas ngan aku tahun lepas pun taktau lagi ke aku ke yang aku ni alergic dengan PINK KALER? Ehh kira okay dia tolong aku kann. Hhaha okay stop lah pasal kaler-kaler bagai ni. Yang lepas jangan dikenang. (facepalm)

Oh yes, actually aku dah lama nak buat blog. Sometimes tu bila aku boring takde orang nak ajak chatting kat Fb or bila dah habis youtubing, secara am-nya bermulalah habit aku yang yang satu ni that is men-stalking blog orang. Tak kira lah sape kan. Macam-macam blog dah aku ceroboh. Mintak sorry bebanyak kepada beblogger sekalian. Yeah, normal lah kalau kat blog tu semua orang nak mencurahkan perasaan hepi, sedih, kena tinggal pakwe, kucing beranak, mak kawen lagi and etc. Dalam hati, nak jugak weh buat blog. Tapi nak sign up pun terkedek-kedek. Haduyai aku ni, buat malu kaum jee. Ahh kesah pulak.

So far, aku rase macam nak cantas kepala orang jee sebab i've my own blog weh! My own blog! Okay aku teruja kejap. Lepasni boleh lah aku gossip-gossip  berdakwah sikit kan. Bertambah sikit pahala tu kan. And, Thanks for reading my first post!



Jangan lupa follow aku tau! bukan kena bayar punn~